Archive for August 2010

Wedding?

Kalau perasan, tak pernah letak gambar couple atau wedding dalam blog ni kan? Kecuali yang trip to malacca tu ada sikit.

Sebab tak letak bukan kerana nak peram dalam harddisk, tapi gambar-gambar itu adalah private dan rasanya biarlah pengantin dan keluarga mereka sahaja yang menatap wajah berhias kedua-dua pengantin itu.

Bagi yang ingin melihat sample-sample gambar wedding, bolehlah hubungi saya dan kita boleh berjumpa atau saya akan hantar melalui email beberapa gambar yang dirasakan sesuai.

Pakej untuk perkahwinan bermula daripada RM 500. Hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Fazliza & Khairudin's wedding.

2 Comments

Masalah

Kalau difikirkan tentang masalah, sampai bila takkan selesai,
hentikan renungan yang jauh menembusi dinding-dinding konkrit,
bergerak dan selesaikan masalah itu...


Leave a comment

Abstrak

Kali ini gambar-gambar yang diambil adalah pada waktu pagi. Waktu mendung dan angin kuat macam nak ribut. Terus pasang kamera atas tripod dan snap guna slow shutter. Gambar-gambar ini diambil menggunakan shutter speed 1 saat dan aperture f18. ISO pula adalah 100.

Pokok bergoyang kuat jadi daun-daun tu memang tak berhenti bergerak.
Lokasi penggambaran : Bilik. :)
Dua gambar di atas menggunakan teknik zoom semasa shutter ditekan.

Indah kan ciptaan Allah?
=)

Leave a comment