Archive for March 2009

Atasi Sikap Bertangguh

Satu sikap yang ada dalam setiap diri kita dan menjadi penyebab kepada kegagalan kita. Iaitu sikap bertangguh. Bertangguh maknanya kita dengan sengaja melambatkan atau tidak menyiapkan satu-satu kerja, aktiviti atau tugasan yang sememangnya penting atas alasan yang tidak penting. Sebaliknya kalau sesuatu kerja itu terpaksa diketepikan seketika kerana ada sesuatu yang lebih penting lagi yang mesti disiapkan, maka itu bukanlah bertangguh.

Malangnya, ramai diantara kita atas alasan yang remeh temeh melambat-lambatkan sesuatu pekerjaan. Mari kita renungkan seketika, kalau anda seorang pekerja di pejabat, apa agaknya kerja semalam yang anda tahu penting tetapi tidak dibuat. Mungkin ada borang yang perlu dilengkapkan dan dihantar; atau panggilan kepada pelanggan yang belum dibuat; atau projek yang belum disiapkan malah mungkin belum dimulakan; atau khidmat selepas jualan yang tidak dibuat meskipun berkali-kali anda ingatkan diri anda ia adalah penting. Bagaimana pula dengan urusan dirumah? Anda mungkin dah lama mahu mengecat rumah tetapi sehingga kini masih belum siap; atau menyapu lantai, menggosok baju, mengelap tingkap, mencuci bilik air.

Bagaimana pula dengan urusan peribadi anda? Anda tahu sudah tiba waktunya anda menghubungi ibu bapa di kampung; atau emel sahabat yang tidak berbalas dan SMS yang belum dijawab. Anda tahu berat badan mula bertambah dan sudah sekian lama anda mahu turunkan berat badan dengan menjaga diet dan melakukan senaman harian. Sudahkah ia dilakukan? Rambut yang semakin panjang sudahkah dipotong? Kalau direnungkan dengan ikhlas maka kita akan dapati terlalu banyak yang mahu dilakukan dan terlalu sedikit masa yang ada. Kalau tahu masa semakin sedikit kenapa dihabiskan untuk perkara-perkara yang tidak termasuk dalam senarai penting kita? Iaitu senarai yang kita tahu mesti dilakukan segera. Atau anda sebenarnya tidak pernah buat satu senarai pun selama ini? Segalanya hanya dirancang dalam kepala maka tidak hairanlah kalau anda lupa. Apabila kita bertangguh, kita akan rasa tertekan kerana masa semakin suntuk dan kerja semakin menimbun.

Akibat dari rasa tertekan ini ialah kemurungan serta emosi yang tidak menentu. Kesihatan juga turut terganggu dan semua ini pasti menjejaskan produktiviti. Hasilnya, kita menjadi orang yang gagal dalam kehidupan sama ada dari kerjaya, akademik, kesihatan, ibadah, kewangan dan sebagainya.

Kenapa Wujudnya Sikap Bertangguh?

Antara faktor yang menjadi penyebab tangguh ini ialah:

1. Pengurusan yang lemah, sama ada dari segi pengurusan diri, masa, sumber dan tugas.

2. Takut, sama ada takut kepada kegagalan mahu pun takutkan kejayaan. Ada orang takut berjaya kerana kejayaan bermakna tanggungjawab lebih besar, masa makin sibuk dan tiada masa untuk perkara lain, ramai orang yang akan dengki dan sebagainya. Ada pula yang takutkan kegagalan kerana bimbang dikritik, dimarahi, dipandang rendah, takut kerja tidak cukup bagus dan sebagainya. Walau apa sekalipun alasannya, 90% daripada apa yang disangkakan sebenarnya tidak akan berlaku.

3. Terlalu mahukan kesempurnaan. Ada ketikanya sesuatu perancangan itu tertangguh perlaksanaannya kerana kita mahukannya terlalu sempurna. Begitu banyak masa dan tenaga dibazirkan dengan mengkaji keburukan-keburukan yang mungkin akan terjadi.

4. Masalah fizikal. Masalah kesihatan dan tenaga yang kurang boleh mendorong perasaan malas. Ini membuatkan banyak kerja-kerja gagal disempurnakan kerana diri tidak produktif.

5. Masalah sikap. Sikap adalah penyumbang paling utama kepada masalah tangguh. Apabila kita bersikap sambil lewa, ambil mudah dan tiada komitmen serta disiplin terhadap diri kita dan tugas-tugas yang diserahkan maka segalanya pasti akan tertangguh. Bagaimana Mengatasinya? Tangguh bukanlah masalah yang tidak boleh diselesaikan. Ia bukannya perkara biasa dalam kehidupan yang tidak dapat dielak. Sebaliknya ia adalah kebiasaan atau tabiat yang tertanam dalam diri kita kerana kita tidak mendidik diri dengan amalan-amalan kecemerlangan.

Berikut dinyatakan beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah umum ini:

1. Agih-agihkan tugas. Pastikan tugasan bersesuaian dengan tenaga dan masa yang diperuntukkan. Salah satu penyebab kepada tangguh ialah rasa kerja yang mahu dibuat itu terlalu sukar atau terlalu banyak. Kalau terlalu banyak, agih-agihkan tugas kepada bahagian yang lebih kecil. Kalau terlalu sukar, dapatkan seseorang yang boleh membantu. Tanya mereka! Jangan jadi orang yang berat mulut. Dalam dunia ni tiada sesiapa pun yang akan membantu kita tanpa diminta.

2. Buat senarai tugas atau ‘TO DO LIST’.

3. Dapatkan satu diari, nak canggih lagi pakai ‘Palmtop’. Malah telefon bimbit pun dah boleh untuk masukkan aktiviti kita. Sebenarnya, jangan bazirkan duit dengan membelanjakan wang membeli diari atau organizer yang mahal-mahal. Ramai orang yang saya perhatikan, ketika semangatnya datang, mereka keluarkan duit untuk tujuan ini tetapi akhirnya sia-sia juga.

4. Cari cara untuk ingatkan kita. Contoh: Jam loceng, komputer, digital organizer dan sebagainya.

5. Sediakan segala keperluan lebih awal. Contoh: Nak ambil pemadam, hanya kerana itu kerja tertangguh 30 minit. Nak ke bilik air dan sebagainya. Kita kena ingat, kita dibayar gaji untuk bekerja 8 jam sehari jadi buatlah yang terbaik!

6. Tiada dua orang yang serupa. Lain orang lain masa yang mana dia akan paling produktif. Oleh itu kenali masa produktif kita dan gunakan masa ini untuk siapkan kerja-kerja penting kita.

7. Tukar cara fikir atau ‘mindset’ kita.

8. Just do it! Jangan peduli apa orang lain akan kata. Ia adalah soal masa depan kita. Percaya cakap saya, 90% daripada sangkaan-sangkaan dan kebimbangan kita itu sebenarnya tidak akan berlaku!

9. Belajar dari kesilapan. Mula melangkah apabila sudah ada perancangan dan jangan tunggu untuk segala-galanya sempurna sebab ketidaksempurnaan itu sememangnya sifat semulajadi setiap hasil ciptaan manusia. Contoh: TV hitam putih wujud sebelum ada TV warna. Telefon bimbit besar sebelum ada yang kecil molek. Orang yang mencipta dan menjual barang-barang ini tidak menunggu segalanya sempurna. Mereka mengaut keuntungan awal dan menggunakan keuntungan itu untuk melakukan penyelidikan dan seterusnya menghasilkan barangan yang lebih baik.

10. Senaman secara konsisten, 20 minit sehari, 3x seminggu.

11. Jaga diet atau pemakanan. Makan makanan yang kurang lemak dan yang tinggi kandungan fibernya seperti buah-buahan, kekacang dan sayur-sayuran. Makan roti yang ada tertulis perkataan ‘high fibre’.

12. Rehat yang cukup - Lakukan meditasi atau rileks. Itu gunanya kita lepas solat sambung berzikir dan berwirid.

13. Mulakan sedikit, bertatih sebelum berlari. Tidap perlu untuk menghabiskan apa yang mahu dilakukan itu serentak. Manusia mudah rasa jemu dan bosan. Oleh itu, lakukanlah sedikit tetapi konsisten. Pelbagaikan aktiviti dan jangan fokus hanya kepada satu tugas semata-mata.

14. Ganjari diri sendiri setiap kali dapat menyelesaikan sesuatu tugas atau pekerjaan.



Sumber : iluvislam

Leave a comment

Mahasiswa Dan Politik


Golongan mahasiswa adalah golongan yang istimewa. Amat jauh beza antara golongan mahasiswa dengan golongan yang lain. Di zaman keemasan bagi seseorang insan, golongan mahasiswa seharusnya sedar bahawa mereka mempunyai potensi yang sangat besar dalam melayari kehidupan seharian. Maksud melayari kehidupan seharian bukan hanya masalah “top-up” atau duit belanja, tapi melayari kehidupan di sini termasuk juga memberi respon pada isu-isu semasa yang menjadi warna kehidupan.

Potensi mahasiswa yang amat besar ini seharusnya digunakan sebaik mungkin. Adalah malang jika para mahasiswa membiarkan sahaja waktu di kampus berlalu tanpa apa-apa makna. Mahasiswa tugasnya mengeluarkan pendapat. Bukan namanya mahasiswa jika ia tak berani mengeluarkan pendapat sendiri. Akan tetapi, jika mahasiswa sejak mula lagi sudah mengambil keputusan mengikat diri pada parti politik, maka sudah tentu pendapat mereka hanya lah lanjutan dari pendapat para pimpinan parti.

Inilah yang banyak melanda mahasiswa hari ini. Mereka lebih suka dan ghairah mengaitkan diri pada sesebuah parti politik tanpa berfikir baik dan buruk. Apabila kita mengaitkan diri pada sesebuah parti politik, kita akan cenderung untuk menyokong apa sahaja pendirian parti tersebut. Malah daya intelek kita juga akan menjadi tumpul kerana kita akan melihat isu dari kaca mata politik, bukan dari kaca mata mahasiswa.

Darah muda yang membara di jiwa mahasiswa harus dikekalkan apinya. Menjadi mahasiswa adalah peluang bagi mereka untuk membuat keputusan sendiri. Persetankan pendirian parti politik. Tonjolkan sikap anda sendiri mengenai sesuatu isu. PPSMI contohnya. Apalah guna anda menentang PPSMI semata-mata kerana parti yang anda sokong menentangnya.

Anda seharusnya berfikir sendiri, apa sebab PPSMI ini harus ditentang. Di mana silap nya, di mana kekurangannya. Dengan ini barulah minda anda akan berkembang. Jangan hancurkan potensi anda dengan mengikut telunjuk parti politik secara membabi buta. Beranilah untuk buat salah.

Mahasiswa masih belajar untuk berjuang. Salah sekali-sekala apalah salahnya. Membuat kesalahan adalah salah satu proses untuk belajar. Apa yang penting adalah keberanian untuk melakukan kesalahan. Beranilah untuk mengeluarkan pendapat anda. Biarkan pendapat anda salah. Asal anda berani melontarkannya. Jika anda salah, anda ditegur. Itu saja.

Oleh kerana anda adalah mahasiswa, peringkat anda ini binalah keberanian untuk berfikir sendiri, bercakap sendiri, membuat sesuatu sendiri. Jangan takut untuk melontarkan idea anda. Takut-takut itu sikap golongan “pelajar”, bukan mahasiswa. Pelajar itu tempatnya di sekolah, bukan di IPT. Jika anda ingin menjadi pelajar, usah jejakkan kaki ke IPT.

Mahasiswa sekarang banyak berlindung di belakang parti politik. Hasilnya, jika parti politik memberi pendapat, maka gelabahlah mahasiswa untuk mencari alasan membenarkan pendirian tersebut. Malang sekali potensi yang ada sudah ditambat pada tunggul parti politik. Ada baiknya AUKU melarang mahasiswa dari menyertai parti politik.

Kita sudah ada lapangan perjuangan di kampus. Buat apa kita sibukkan diri dengan parti politik. Masuk saja kelab atau persatuan di IPT. Aktifkan diri, tonjolkan bakat anda. Jika anda benar-benar berbakat, sudah tentu akan ada tempat untuk anda dalam parti.

Minda mahasiswa masih mentah. Masih banyak yang ada di dunia yang tidak dirasai oleh mahasiswa. Rasailah dulu semua idea di muka bumi ini sementara anda adalah seorang mahasiswa. Usah kecilkan skop pemikiran anda pada ideologi tertentu sahaja.

Menjadi mahasiswa hanya untuk 5 tahun. Usah bazirkan masa ini dengan menjadi aktor di bawah arahan politikus. Bina pementasan anda sendiri, buat skrip sendiri, jadi pengarah sendiri. Biarkan ahli politik dengan permainan mereka. Kita sebagai mahasiswa main lah permainan kita sendiri. Lontarkan idea anda. Jadi golongan yang mengeluarkan idea, bukan golongan yang menghebahkan idea.


Sumber : iluvislam.com

Leave a comment

A Boy and a Tree

The Story of a Boy and a Tree

As Salaamu‘alaykum and peace to all,

“A son’s sacrifice towards his parents is not complete until a situation arises whereby he buys and frees his parents from becoming slaves.” As we already know, we cannot deny the greatness of our beloved parent’s sacrifice, how they have spent most of the time lives to secure our future; their children’s future. From the time we were infants until we become useful people, they care for us. This is a story that relates to their sacrifice; a story about a boy and a tree in a countryside.

Once upon a time, when a boy was a small child, he used to play with a particular tree everyday as a hobby. Tree was very happy and wished that it could stop time from going on so that it could stay with the boy forever. But time goes on by and the boy gradually grows older day by day, year by year. Eventually, he doesn’t play with the tree anymore. So, the tree becomes very sad and lonely.

One gloomy morning, as the tree was standing alone, remembering the happy days they had together, it got a shock joy as the boy come back. He had come to ask for money and the tree didn’t hesitates even the least to give and sacrifice all it had with its capability, shedding all its leaves to give to the boy, leaving it bare and cold. The boy went away happily but didn’t return for along time.

A few years passed by and the boy has grown into a handsome man. Eventually, he came back to visit the tree, asking yet another favor for wood to build of his house. Once again, the tree sacrificed itself and was partly cut down. But again, the boy left the tree alone and never come back anymore.

In this story, the tree symbolizes our parents. The reality today is just as such. Children never appreciate their parents’ sacrifice but always asking for more. Parents, on the other hand, never abandon their children’s hope and sacrifice all they could. Some nowadays think that money could pay for what they have done, that is by giving their parents money. Actually, this concept is totally wrong.

Always remember, love has no substitute, be it billions of dollars or ringgit, no value can match the price of love. One thing need to remember is that, even if you service your parent for whole of your life, you still cannot pay for what they have done for you. The parent’s sacrifices are invaluable.

Leave a comment

Bengkel Membuat Blog

20 Mac, UTM Skudai : Kelab Remaja Ukhuwah, Kolej Tunku Canselor (KRU KTC) telah mengadakan bengkel membuat blog di P02, Fakulti Kejuruteraan Elektrik UTM Skudai. Bengkel tersebut dikendalikan oleh saudara Mohd. Hafiz Bin Muhammad.



Leave a comment

Mahasiswa & Teknologi

Alaf ke 21, perkembangan teknologi berlaku dengan pantas sekali. Kadangkala tak terkejar dek terlalu cepat evolusi teknologi itu sendiri. Daripada telefon sebesar botol air kepada sekecil jam tangan, televisyen hitam putih yang besar kepada televisyen dalam telefon bimbit sendiri. Dan tidak mustahil semuanya akan menjadi sekecil jam tangan suatu hari nanti. Kecanggihan teknologi masa kini membolehkan manusia mengetahui maklumat dengan pantas. Sebagai contoh, pelajar-pelajar antarabangsa di UTM dapat berkomunikasi dengan keluarga mereka yang berada beratus-ratus batu di tanah air masing-masing, bahkan mereka boleh melihat wajah ibu mereka dengan teknologi 3G. Komputer sekarang dan dahulu amat berbeza. Jika dahulu sebuah komputer memerlukan ruang sebesar satu dewan, tapi kini ia boleh diletakkan di atas riba sahaja.


Namun begitu, tidak seharusnya evolusi ini menjadikan pengguna teknologi ini hamba kepada teknologi. Mengapa dikatakan demikian?

Rata-rata mahasiswa UTM kini memiliki setidak-tidaknya sebuah telefon bimbit. Namun ramai daripada mereka yang memiliki telefon bimbit yang canggih dan moden sehingga mencecah ribuan ringgit. Tidak dinafikan ada di kalangan mereka yang betul-betul mampu untuk berbelanja lebih untuk telefon bimbit sebegitu,
tetapi bagaimana dengan mereka yang kurang mampu tetapi menggunakan wang pinjaman atau biasiswa untuk membeli telefon tersebut?
Dalam hal ini, masing-masing mempunyai alasan tersendiri, mungkin mereka memang memerlukan ciri-ciri yang terdapat dalam telefon bimbit tersebut. Tetapi ada juga yang hanya ingin bergaya atau terikut-ikut dengan rakan-rakan yang agak berada. Tepuk dada, tanya hati.

Selalunya, kita berbelanja apabila kita memerlukan sesuatu. Tetapi, apabila kehendak mengatasi keperluan, maka terjadilah perbelanjaan di luar kemampuan akibat nafsu yang tidak pernah merasa cukup. Akibat daripada ini, terjadilah pembaziran yang besar. Sedangkan sifat orang yang membazir ini dinyatakan dalam Surah Al-Isra’ dalam ayat 27 yang bermaksud, “Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara syaitan dan syaitan itu sangat ingkar pada Tuhannya”. Mahasiswa seharusnya sedar, wang yang diberi kepada mereka perlu dibelanjakan pada tempat yang betul.
Mungkin inilah akibat kurangnya kesedaran dalam diri mahasiswa tentang bahana teknologi jika tidak dikawal.

Namun kesan perkembangan teknologi ini bukanlah kepada kewangan semata-mata, jika ia disalahguna, pelbagai perkara buruk akan terjadi. Penghasilan video-video yang tidak bermoral, menggunakan telefon bimbit untuk melayari internet dengan tujuan yang tidak baik adalah antara contoh-contoh akibat apabila teknologi disalahguna.
Tetapi kita sebagai mahasiswa harus sedar bahawa teknologi kini umpama pisau. Pisau boleh digunakan untuk memotong sayur, dan pisau juga boleh digunakan untuk mencederakan orang. 2 kegunaan, 1 alat yang sama. Pilihan terletak di tangan si pemegang pisau.

Kini dengan arus globalisasi dan dunia tanpa sempadan, internet menjadi salah satu medan penyebaran maklumat dengan pantas dan meluas. Segala maklumat yang diperlukan boleh dicapai dengan hanya menekan papan kekunci dan beberapa klik pada tetikus. Namun, mahasiswa harus berhati-hati dalam keghairahan mencari maklumat agar tidak terjebak dengan keburukan yang terdapat dalam internet itu sendiri. Walaupun UTM telah menyekat laman web yang tidak elok, namun tidak semua dapat dibendung. Semua bergantung kepada mahasiswa sendiri untuk membina benteng dalam diri apabila berdepan dengan dunia tanpa sempadan ini.

Gunakan teknologi untuk meningkatkan syiar Islam. Sebarkan dakwah melalui medium-medium seperti internet dan telefon bimbit. Pelbagai cara yang boleh dilakukan secara berhikmah. Bahkan ia tidak memerlukan masa atau tenaga yang banyak, hanya duduk dan taipkan mesej-mesej dakwah yang ingin disampaikan. Mad’u atau sasaran anda terdiri daripada pelbagai golongan kerana hampir kesemua orang menggunakan internet pada masa kini.

Leave a comment