Golongan mahasiswa adalah golongan yang istimewa. Amat jauh beza antara golongan mahasiswa dengan golongan yang lain. Di zaman keemasan bagi seseorang insan, golongan mahasiswa seharusnya sedar bahawa mereka mempunyai potensi yang sangat besar dalam melayari kehidupan seharian. Maksud melayari kehidupan seharian bukan hanya masalah “top-up” atau duit belanja, tapi melayari kehidupan di sini termasuk juga memberi respon pada isu-isu semasa yang menjadi warna kehidupan.
Potensi mahasiswa yang amat besar ini seharusnya digunakan sebaik mungkin. Adalah malang jika para mahasiswa membiarkan sahaja waktu di kampus berlalu tanpa apa-apa makna. Mahasiswa tugasnya mengeluarkan pendapat. Bukan namanya mahasiswa jika ia tak berani mengeluarkan pendapat sendiri. Akan tetapi, jika mahasiswa sejak mula lagi sudah mengambil keputusan mengikat diri pada parti politik, maka sudah tentu pendapat mereka hanya lah lanjutan dari pendapat para pimpinan parti.
Inilah yang banyak melanda mahasiswa hari ini. Mereka lebih suka dan ghairah mengaitkan diri pada sesebuah parti politik tanpa berfikir baik dan buruk. Apabila kita mengaitkan diri pada sesebuah parti politik, kita akan cenderung untuk menyokong apa sahaja pendirian parti tersebut. Malah daya intelek kita juga akan menjadi tumpul kerana kita akan melihat isu dari kaca mata politik, bukan dari kaca mata mahasiswa.
Darah muda yang membara di jiwa mahasiswa harus dikekalkan apinya. Menjadi mahasiswa adalah peluang bagi mereka untuk membuat keputusan sendiri. Persetankan pendirian parti politik. Tonjolkan sikap anda sendiri mengenai sesuatu isu. PPSMI contohnya. Apalah guna anda menentang PPSMI semata-mata kerana parti yang anda sokong menentangnya.
Anda seharusnya berfikir sendiri, apa sebab PPSMI ini harus ditentang. Di mana silap nya, di mana kekurangannya. Dengan ini barulah minda anda akan berkembang. Jangan hancurkan potensi anda dengan mengikut telunjuk parti politik secara membabi buta. Beranilah untuk buat salah.
Mahasiswa masih belajar untuk berjuang. Salah sekali-sekala apalah salahnya. Membuat kesalahan adalah salah satu proses untuk belajar. Apa yang penting adalah keberanian untuk melakukan kesalahan. Beranilah untuk mengeluarkan pendapat anda. Biarkan pendapat anda salah. Asal anda berani melontarkannya. Jika anda salah, anda ditegur. Itu saja.
Oleh kerana anda adalah mahasiswa, peringkat anda ini binalah keberanian untuk berfikir sendiri, bercakap sendiri, membuat sesuatu sendiri. Jangan takut untuk melontarkan idea anda. Takut-takut itu sikap golongan “pelajar”, bukan mahasiswa. Pelajar itu tempatnya di sekolah, bukan di IPT. Jika anda ingin menjadi pelajar, usah jejakkan kaki ke IPT.
Mahasiswa sekarang banyak berlindung di belakang parti politik. Hasilnya, jika parti politik memberi pendapat, maka gelabahlah mahasiswa untuk mencari alasan membenarkan pendirian tersebut. Malang sekali potensi yang ada sudah ditambat pada tunggul parti politik. Ada baiknya AUKU melarang mahasiswa dari menyertai parti politik.
Kita sudah ada lapangan perjuangan di kampus. Buat apa kita sibukkan diri dengan parti politik. Masuk saja kelab atau persatuan di IPT. Aktifkan diri, tonjolkan bakat anda. Jika anda benar-benar berbakat, sudah tentu akan ada tempat untuk anda dalam parti.
Minda mahasiswa masih mentah. Masih banyak yang ada di dunia yang tidak dirasai oleh mahasiswa. Rasailah dulu semua idea di muka bumi ini sementara anda adalah seorang mahasiswa. Usah kecilkan skop pemikiran anda pada ideologi tertentu sahaja.
Menjadi mahasiswa hanya untuk 5 tahun. Usah bazirkan masa ini dengan menjadi aktor di bawah arahan politikus. Bina pementasan anda sendiri, buat skrip sendiri, jadi pengarah sendiri. Biarkan ahli politik dengan permainan mereka. Kita sebagai mahasiswa main lah permainan kita sendiri. Lontarkan idea anda. Jadi golongan yang mengeluarkan idea, bukan golongan yang menghebahkan idea.
Sumber : iluvislam.com
About Me
- Hafizuddin Tajuddin
- Part time photographer,pc/laptop formatter,full-time student.
Leave a comment
My Blog List
-
Hot-Shoe Go-To: The Godox TT6004 years ago
-
-
-
My BFF10 years ago
-
-